Sabtu, 5 Mei 2007
disebalik pencarian nokia 3250...


sungei wang.

tak*kom.

ah ku: ada 3250 tak? brp harga?

ah lok: ada..ada.. 1250..

ah ku: brp boleh kurang?

ah lok: *sambil tekan2 calculator dia tunjukkan angka 1200

ah ku: hmm...mahal la..takpe la..

ah lok: nanti..nanti..u punya budget brp?

aku toleh kat sepupu aku..sbb dia yg nak beli hp tuh..

ah ku: buddget cuma 950 saja..takpa la..

ah lok: saya kasi u 990..mau? nih harga mati punya..lain kali u mari, saya tak bg harga nih.. ini zitron warranty punya..

aku tanya2 kat sepupu aku..setuju ke tak..

ah ku: semua complete set tak?

ah lok: semua ada...zitron punya..

aku call sue. tanya harga patut ke tak. dia kata harga tuh mmg murah. bila dah bg duit, cepat2 ah lok tuh ambil..rupa2nya..

ah lok: u mau tambah itu memory card ka?

ah ku: WHATT??!!

celaka betul. rupa2nya hp tu tak termasuk memory card. padahal masa mula2 dia kata complete. aku mmg awl2 lagi dah set dlm kepala memory card included. rupa2nya..dia bukan bagi kurang harga je. tapi dia kurangkan memory card sekali. aku minta duit balik. dia tak bagi..alasan dia

ah lok 2: ...sudah kasi masuk duit dalam itu cash machine. tak boleh kasi keluar balik.

ah ku: apa pulak. sedangkan kfc pun boleh kasi balik duit apa. sekarang nih, u tak bgtau awl2 itu hp takde memory card. u kata complete..bla bla bla..

ah lok: kalau itu macam u beli di KFC la.

tahap kesabaran aku makin menipis. punye la teruk. dia dgn muka berlagak pulak tunjuk samseng. padahal patutnya aku la yg jd samseng kg dusun. sbb tak puas hati. bertekak selama 30 minit tu. punye la susah nak dapatkan hak sebagai seorg pelanggan. sepupu aku kat sebelah pulak asyik bisik "tak payah la..tak mo"..

ah lok 3: habis tu u mau apa?

ah ku punya sepupu : saya mau duit saya balik!! titik.

ak lok 3 keluarkan duit dari cash machine. tamat .

tapi dalam hati aku terfikir "habis la kalau dia upah org suh pukul kami bertiga..nauzubillah"

dan sekarang kami selamat sampai ke rumah.

nota kaki : terdapat 3 ah lok yg bertekak dgn aku.

Label:



posted by intan amir at 11:43 PTG | 0 comments
Jumaat, 4 Mei 2007
U. T. P

pagi tadi aku buat urine test lagi. masuk tandas sambil bawa utp. aku tak mengharap. cuma aku tengok perut aku mcm lain sedikit. seakan buncit berbanding biasa. hmm..mungkin perkembangan perut yang ketara ni disebabkan kawalan makan aku yang teruk. memang kebelakangan ini, aku makan tanpa henti. lepas makan popcorn, makan eskrim. pastuh makan muffin. pastuh nasik. kalau boleh semua makanan yang aku nampak aku nak makan. adakah disebabkan aku mengandung? setelah buat utp pagi tadi. memang sah! sah yang aku memang gemuk. bukan mengandung...takpe..aku ada mission baru utk di hadam lepas nih..*FANCY CUPCAKES


*cupcakes yg sgt menggoda..

* lepas nih kena beli utp lagi. nak kena buat stock byk2...hehehe..


posted by intan amir at 5:24 PTG | 0 comments

selesma. batuk. demam. mimpi..



dah 4 hari aku deman. makan ubat tak henti2. tapi demam x pandai nak surut. hmm..orang kata, kalau demam, dosa2 ringan diampunkan. asalkan kita tak merungut. sib baik aku x merungut..hehe.. pagi tadi tahap ketahanan badan aku sgt rendah. nak bangun gosok baju pun x larat. rasa lemah sgt. lepas hubby gi kerja aku tidur balik. langsung tak pasang kipas. tapi rasa sejuk sampai ke tulang.

mimpi..

aku mimpi mama..

aku letak tangan di bahunya..

aku peluk..

tapi aku tak sedar..

yang sebenarnya mama dah tiada..

bila terjaga..

mama dah hilang..

al-fatihah untuk mama tersayang..

aku rindu senyuman mama..

aku rindu ciuman mama..

sentuhan mama yg lembut...membuatkan aku rasa terkilan..

terkilan sbb sentuhan itu hanya tinggal kenangan..

semoga mama (Norchaya Ayub) dirahmati oleh-Nya dan berada di kalangan orang2 yang solehah. Amin.

Label: , , ,



posted by intan amir at 5:10 PTG | 0 comments
j.a.n.g.a.n

"jangan bising.. *nanti cikgu marah"

"jangan pijak rumput..nanti rumput mati.."

"jangan nyanyi kat dapur..nnt kawin ngan org tua (*hmm..sib baik suami aku tua sebulan je dari aku..huhu)

banyak sangat perkataan jangan yg melekat kat kepala aku nih. cuma ada satu je jangan yang aku nak bgtau...

"JANGAN ambil tepak sirih atau design aku!!"

Yup! aku penat2 edit that tepak sirih..ubah daun sirih tu jadi elok..tambahkan tepak bulat kecik2 yang tak cukup..tetiba aku nampak tepak tuh kat kad kahwin org lain. Kalau suka kat tepak tuh, pls carik sendiri kat internet..n edit sendirik. tak suka betul dgn orang yang ambil mudah.

mesej untuk orang yang makan cili

"you tuh dah kaya raya..hairan...dengan keje mcm tu ke u kaya? asyik ambil design orang. kalau ikutkan u dah boleh upah designer utk buat kad kahwin yang hebat. Tapi tak. U ambil design orang... tolong la ubah cara nak berniaga tuh.. tak guna byk duit tapi tak berkat. aishh..."

aku pernah sekali pi kedai dia. masa tuh just nyamar nak tgk2 kad. hmm..kad ok..murah dan elok. cuma aku tak suka cara dia berniaga..kenapa? sebab dia berniaga dgn cara memburuk-burukkan org. Dah la tu, siap curik design org tuh laghik. Tak malu ke? ishk...

Label:



posted by intan amir at 4:11 PTG | 0 comments