Khamis, 1 November 2007
bebaru nih aku, hubby, ieka & ayah aku gi sogo..Niat asal sbnrnye nak jumpa ayah aku. Dia baru je sampai kat kl dari johor. esok dia dah nak kena balik kk pulak. How i miss him so much. Ya la..walaupun kita dah berkahwin, darah ini masih jg darah dia. Tanpa dia, mungkin aku bukan Intan Amir..Tapi mungkin Wardina Safiyah (<--mmg minat ngan personaliti dia nih..sopan sgt)...huhu...

Gambar sekadar hiasan...

Tgh jejalan tuh, aku ngan hubby gi la kat bhgian levi's..kononnye nak beli jeans baru la since jeans yg lama dah tak muat dan rasa mcm mencekik2 pinggang nih. Sedihnya bila tgk jeans for ladies semua x muat..size 30 tuh!..semua mcm nak tercekik kat peha..nak tarik paras peha pun dah nak terseksa...so terpaksa la batalkan niat utk beli jeans tuk aku..so kitorang naik pulak atas, kat bhgian levi's utk lelaki...hubby tgh bz belek2 jeans mana yg dia berkenan..Memula tu aku tgk je la..tapi sbb gatal hati, aku pun gi la nak sambar 1...tgh test2 rasa berkenan pula..huhu...kesimpulannya, aku dah beli jeans baru. Hubby pulak yg tak jd..sbb xde size...huhuhu...sian dia..:)


posted by intan amir at 10:21 PG | 0 comments