Jumaat, 16 November 2007
"Daddy, semua barang dah cukup?"
-daddy angguk kepala

"Syampoo? Colgate? Panadol?"
-angguk

"Makanan semua dah cukup? Makanan tin? Maggie?
-"dah.."

"tgk jap..makanan apa yg daddy bawa?"
*mmm...maggie, sardin tin, sotong tin, tongkat ali, ketupat..

"cukup ka nih?"
-"cukupp..." sambil senyum

"Baju sejuk dy? Sarung tangan? Brp helai daddy bawa?"
-"ada dah..."

Aku melangkah ke 7eleven..sambar coklat 4 ketul (*sgt bagus utk musim sejuk), pil chi kit tek on 4 kotak (in case cirit birit), minyak kapak, panadol actifast 1 kotak.. Apa lagi yang mungkin daddy perlu semasa kat 'matahari terbit' tu nanti..?

Hari tu bebetul menginsafkan aku. Sebak. Teringat zaman sekolah. Bila mula sesi baru, daddy ngan mama la yang betul2 sibuk nak beli barang utk 'stok' kat asrama.. Kasut. Baju. Selimut. Makanan. Sabun. Shampoo. etc.. Tak cukup dgn tu, duit belanja setiap minggu diberi. Walaupun aku makan free kat dewan makan. Mereka tidak berkira brp byk duit yang dah habis.. Jadi mengapa harus aku?

Cukupkah apa yg aku berikan utk membalas jasa mereka selama ini padaku? TIDAK.


posted by intan amir at 5:38 PTG | 0 comments