Jumaat, 19 September 2008





aku terlalu bz lately... byk benda mo di settle before raya nih... hari rabu bebaru nih, dah siap pasang carpet.. semalam dah siap masukkan perabot. tgl tunggu sofa 24hb ni pulak lagi.. buat masa nih, layout kedai main letak2 je lagi...blom ada idea.. start esok, dah nak start punggah2 kad2 masuk ke kedai... nak prepare sample card for display...angkut stock2 card yg ada.. fuhh!! letihnya...insyaallah target by mid of oct, semua dah boleh settle n open for customer...mudahan2 la dipermudahkan segala urusan..Amin...doakan kejayaan aku ya..;)




posted by intan amir at 12:23 PTG | 2 comments
Khamis, 4 September 2008
wah..lamanya sdh aku x update..:) byk benda yg mo cita nih actually...cuma x sempat2 melayan kebizian & ke"morning sickness"an yang melanda nih..huhu...

2 sept 2008, tuesday

Hari tu ada appointment kat kpj kajang pkl 3 ptg. Lama jugak la tunggu doc tu. Nurse tuh kata doc tgh ada emergency DNC..supppose pkl 3.30ptg dia sampai..tapi sampai pkl 4.15 ptg baru la doc sampai..pkl 4.30ptg pulak, baru sampai turn aku..penatnya tunggu..hubby & aku sempat jugak la tertido di kusi sambil2 menunggu tuh..ya la..puasa kan..:p bila dh masuk, doc amik bp..dia kata ok.. so suh baring utk scan..time tuh yg debar2 tu.. sbb x bley imagine camna sdh baby tuh.. Sblm tu, aku ada jg scan di kpj damai, 14-aug..masa tu masih npk samar2 lagi.. terkejutnya aku bila doc start scan tuh, npk sdh bentuk badan, tangan & kaki..cutenya...time tuh rasa happy sangat.. cuba kamu tgk gambar tuh..siap ada 1 tuh, tangan dia letak dekat kepala..hehe..mmg aktif gila..bgerak2 jak..padahal time tuh nda terasa pula dia bgerak2 di perut.. syukur alhamdulillah..time nih aku sdh masuk 12++ weeks of pregnancy..;) saiz 5.65cm..keciknya..

*Cool kan..hehehe..


30th Aug 2008, sunday

Hari ni aku & hubby pi sunway pyramid.. ada date ngan 3 dara pingitan..:p..whoppss...2 ja dara pingitan..yg sorg lagi bini org..:p masa sampai di pyramid tuh, aku tgh lapar gila.. call2 dorg fidah, dorg masih on the way..masa otw lalu mo pi Farmasi Caring (*hubby tgh cirit birit..so nak kena beli pil lamotil), terbau la mknan di Subway. Time tuh rasa mcm mengidam gila...bila fidah tanya mo mkn di mana, automatik jak sebut "SUBWAY Lah.."..hehehe...Fidah mcm ckp, "Hah! Subway jak?"..hehe..sorry la fidah...sdh rasa btl2 lapar n ngidam time tuh..so kami pun tunggu la di subway..ikutkan, c fidah mo belanja makan time tuh, tp memandangkan aku lapar sgt, aku suh hubby beli ja terus..n mkn..sorry ar fidah, noi n sury..nda sempat tunggu kamu..:D Ampun mbak.. Seperti yang nda diduga, dorg datang ngan bawa kek...walaupun dorg nda ckp kek tuh utk aku, tapi mesti la aku tau kan...sbb sepa lg yg bday bln Aug..hahaha..dgn nda tau malunya, pi la potong kek dengan mengoffer diri sendiri..:p tq Sur, Noi & Fidah..:) Kek penuh sayang...terharu..wocheche..

*Sempat ambil gambar kotak kek ja..;)

*Tq sury..jauh2 beli hadiah..:p

8-Aug-2008, Friday

Time nih my beloved sis akad nikah.. Sib baik la masa balik naik flight tuh nada apa2 sama baby..risau jg mula2..:) Selamat Pengantin Baru Dewi & Fendi...Semoga berbahagia dunia n akhirat..;) hmm...mcm nda sangka, kawin sdh pula dia..eee..cepatnya masa berlalu...

*Gambar2 dikidnap dari dipdowninside (*ieka) ;p






*Gemuknya aku..huhu..tgh pregnant 8wks rasanya..;) time nih mcm semua org bilang "Lah, napa ko gumuk nih? hahaha...tensen tensen...sib baik betul2 berisi..;p

17th Aug 2008, Sunday

Seperti yg dicita, ulam mendatang.. tq hubby..;) muahhhh muahhsss

*tiada lg masalah hang2...;p


posted by intan amir at 11:15 PG | 5 comments

Jumaat, 30 Mei 2008
haritu aku & hubby planning mo p tgk2 brg utk wedding dewi kat semua house. masa tgh2 jam kat jln tu, suddenly

"gedebuk"..

kereta kena langgar dr belakang. aiyohhh... tensen gila.. Jalan jam2 mcm ni pun buli kena langgar juga..

"sorry..sorry.." - uncle cina dr keta blkg ckp kat hubby

"saya nak amik barang tadi. terlanggar pula.."

keta rosak x teruk. cuma bumper mcm nak tjatuh sikit. ishk...tensen tau...

"sorry la. saya terpaksa suh awak byr ni"-hubby
"saya takde duit. ada RM70 je"-uncle
"hah.. bak RM50..sorry ye"-hubby
"takpe..takpe...saya yg salah"-uncle

Hubby amik duit RM50 n masuk dlm keta. dalam 20 min lepas amik duit tuh, hubby rasa guilty. rasa mcm pau duit uncle tadi pulak dia kata..hehehe...

Kitorang parking kat semua house tgkt 5... so senang sikit nak survey2 barang kat sayang you & kawasan2 yg sewaktu dgnnya. lepas pusing2 area tuh, kitorang lajak g sogo pulak. mak aiihh...tgh sale gila. best. best :D

lepas beli bbrp barang, kitorang g maju junction pulak. Tujuan asal nak semayang kat surau maju junction since surau kat sogo tersangatlah daif & ramai org. Kadang2 rasa geram ngan sogo nih. Untung berlambak2..tapi kebajikan org islam tak amik port langsung. Surau pun letak asal ada ja.. ishkk...

Lepas smyg kat surau maju junction tuh, kitorang pun gi la kat famous amous...bukan nak beli cookies..tapi nak beli eskrim. slurppp...eskrim famous amous tersangatlah sedap.. rasa dia lain dr yg lain... kalah new zealand. kalah lecka..kalah br....ishk..susah nak ckp..kalau mo tau, kena rasa sendiri. n x semua outlet famous amous ada jual eskrim tuh. dulu ada kat alamanda. tapi skr dah tutup. so setakat nih, yg aku tau ada di maju junction ja. So sesiapa yg suka mkn eskrim tuh, aku mmg rekemen abis eskrim famous amous nih...:D paling best macadamia & choc chip ngan almond.. nyum nyum..:D mcm iklan...hehehe

pas makan2 eskrim tuh, kitorang patah balik ke sogo. Sambung shopping..hehe..

dalam kol 10 kitorang jln kaki gi parking semua house ...tgk2 bangunan semua dah gelap. cuma ada bbrp lampu tgh bpasang. sib baik ada pak guard. dia suh guna lif kecemasan tuk naik ke tgkt 5. naik2 je, tgk2 tayar keta belakang pancit. aku ngan hubby dua2 panik. Tiba2 aku teringat kes yang saddy email ngan aku pasal tayar pancit di mid valley. hubby check keliling floor tu kot2 ada org tgh sembunyi nak rompak or etc. aku dah seram sejuk. di tgkt 5 tu langsung xde keta org lain. mmg tgl keta kitorang je. So aku ngan hubby turun kat ground floor balik. nak inform kat security guard. plan asal nak suh security tuh temankan kitorang sambil kitorang bukak tayar. tapi npknya mcm dia xnak. so tak kisah la. at least kalau anything happen, kitorang dah inform kat dia.

dgn smgt yg kus2, aku ngan hubby bukak n pasang tayar spare. Masa tuh aku dah bukak cincin kahwin dari jari n masukkan dalam pocket. risau kalau2 cincin tuh boleh mengundang niat jahat orang. (*cheh! mcm la cincin mahal btl kan...hehehe..tapi kalau org yg desprate, yg murah pun dia amik..:p)..dalam 10 min, tayar dah siap pasang.. kelam kabut aku n hubby drive keluar dr parking tu. mmg sgtlah menyeramkan. Nasib baik la teda apa2 yg jadi..ishkk..alhamdulillah... ;)


posted by intan amir at 8:41 PG | 2 comments
Selasa, 20 Mei 2008



hp - takde rezeki... size xde..:(
timberland at last... :D lawa x? :p


posted by intan amir at 11:37 PG | 0 comments
Khamis, 10 April 2008
PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan.
Untuk renungan bersama... insyaAllah...

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.

Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya.Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur,hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti ituj arang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedarsaya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak,sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik.Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.

Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, 'Abang, Zee terlalu penat,' lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya didunia ini.Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf d aripadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w, 'Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya.'

Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat sayaberikan sebagai isterinya.


posted by intan amir at 11:38 PG | 0 comments
tiba-tiba aku teringat lagu nih...

ada seorang kawan namanya ali,
dia juga berkawan namanya muthu,
kami berkawan baik sama sedarjah,
bermain bersama nyanyi bersama..

hey hey hey...
hey hey hey...
kita sekawan...


posted by intan amir at 11:14 PG | 1 comments


Ketika Tangan Dan Kaki

Akan datang hari mulut dikunci

Kata tak ada lagi


Akan tiba masa t
ak ada suara

Dari mulut kita


Berkata tangan kita tentang apa yang dilakukannya

Berkata kaki kita kemana saja dia melangkahnya

Tidak tahu kita bila harinya tanggung jawab, tiba...


Rabbana

Tangan kami

Kaki kami

Mulut kami

Mata hati kami

Luruskanlah

Kukuhkanlah

Di jalan cahaya sempurna

Mohon karunia kepada kami

HambaMu Yang hina



posted by intan amir at 10:32 PG | 0 comments
Sabtu, 15 Mac 2008
*Tgh jln 3.5km nak gi gua niah..

*Setelah penat berjalan dalam gua niah...Letih woo...!!


*huhuhu...muka penat!

*Kinabalu National Park..sgt sejuk...syok syok! :p

*Tg Aru... tempat lepak 'wajib' kat kk..;)





posted by intan amir at 11:44 PTG | 0 comments
Zaman sekarang nih, dah jadi terbalik....mana yang patut kita buat, dah jadi benda tak patut..Benda yang tak patut pulak dah jadi benda patut...

contohnya...

Haritu aku ngan hubby gi jejalan kat Times Square.. Bila nak balik, kitorang terlupa nak kena byr tiket parking kat autopay machine.. Autopay machine tuh ada kat tingkat 1, 3, 5 & 10 je...memandangkan time tuh kitorang dah ada kat tgkt 8, kitorang pun gi la naik lift ke tingkat 10...

"10th floor.." minah lift kata..

*Ting...Pintu lift dah bukak..

baru je nak keluar, ternampak la pasangan adam ngan hawa nih, berdua2an..siap pegang2 pinggang lagi...

*Gambar sekadar hiasan..


husband aku dok jalan straight je gi kat machine tuh..aku pulak dengan selambanye berdiri kat depan dorg..tapi konon2 dok tunggu hubby aku la...Aku pelik betul la..masa tuh dah masuk maghrib...dah gelap dah..kebetulan pulak kat tgkt 10 tuh lampu x byk yg on... kalau nak kata dorg saja nak tgk keindahan alam kat sana, mcm tak logik...kalau nak kata dorg dah kawin pun aku rasa tak logik...sebab, takkan la nak cari tempat yg gelap2...yg tersorok2...Aishh....Aku nak tegur...tapi rasa serba salah...walaupun aku tau, dorg mmg salah..ishk..mcm nak report kat pak guard... bila hubby dah settle, kitorang pun gerak la ke lift..sebelum lift tu nak tutup, aku jerit


"Dik...balik la...Dah maghrib dah nih... Gi semayang.." huhuhu...


Bila dah buat camtuh, baru aku terfikir..nape aku tak sound direct je tadi...hmm...Jahat ke aku? Tak....Tapi aku buat apa yang patut. :) Kalau benda tuh salah, tetap salah... :p


posted by intan amir at 11:16 PTG | 0 comments
Jumaat, 14 Mac 2008
"tadi umi habaq kat aku, dia npk encik "U" kat luaq.." Kak ela bgtau kat hubby..
"Encik "U" tu sape kak ela" aku nyampuk..
"Ala...encik "U"...." sambil tunjuk tangan ala2 ular tedung..
"erk..." telan liur...

start dari tuh, imaginasi aku semakin mengembang. bila nak mandi atau menunaikan hajat, mata dok keliling toilet. memang risau.. siap terbayang2 kalau "encik" tu ada kat depan mata. Apa aku nak buat? huh!..risau..risau...

Qila (7 thn), dania (3 tahun) & danish (5 tahun) selalu mandi sesama. main air...seronok tengok dorg, teringat pula zaman kecik2 dulu.. nak2 lagi bila tengok dania yang semakin petah bercakap. Masa dok lalu depan toilet, tiba2 dania jerit..

"Tolong..tolong...ada anak ulaq..."

Aku panik.. Aku toleh kat Dania..

"Anak Ulaq? mana?" aku tanya..
"Tu...tu..." ..Dania tunjuk danish

Sambil tengok muka blur Danish yang tengah bersabun & x berbaju.. Qila gelak2..
Yup...memang betul "anak ulaq"..


posted by intan amir at 12:23 PTG | 0 comments