Jumaat, 4 Mei 2007

selesma. batuk. demam. mimpi..



dah 4 hari aku deman. makan ubat tak henti2. tapi demam x pandai nak surut. hmm..orang kata, kalau demam, dosa2 ringan diampunkan. asalkan kita tak merungut. sib baik aku x merungut..hehe.. pagi tadi tahap ketahanan badan aku sgt rendah. nak bangun gosok baju pun x larat. rasa lemah sgt. lepas hubby gi kerja aku tidur balik. langsung tak pasang kipas. tapi rasa sejuk sampai ke tulang.

mimpi..

aku mimpi mama..

aku letak tangan di bahunya..

aku peluk..

tapi aku tak sedar..

yang sebenarnya mama dah tiada..

bila terjaga..

mama dah hilang..

al-fatihah untuk mama tersayang..

aku rindu senyuman mama..

aku rindu ciuman mama..

sentuhan mama yg lembut...membuatkan aku rasa terkilan..

terkilan sbb sentuhan itu hanya tinggal kenangan..

semoga mama (Norchaya Ayub) dirahmati oleh-Nya dan berada di kalangan orang2 yang solehah. Amin.

Label: , , ,



posted by intan amir at 5:10 PTG |



0 Comments: